Maklumbalas Pertanyaan 2016

 Bil. Pengguna Pendapat/Cadangan/Pertanyaan Maklumbalas / Tindakan
 1.

Siti Nurul Nadiah Binti Shukri,

No. KP: 850319-03-6023

Dasar Pengambilan Pekerja Baru Anggota Kumpulan Pelaksana

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, saya  ingin mengetahui dengan lebih lanjut dasar pengambilan senarai calon AKP untuk ditemuduga. Ini kerana saya sendiri masih dan terus menunggu-nunggu surat ataupun sebarang notifikasi bagi penggilan temuduga. Memandangkan suami saya, Mohd Ruzaimi Bin Mat Juna, KP 850319-03-6023 telah berjaya dipanggil temuduga dan sedang berkhidmat dengan kerajaan, adalah amat diharapkan agar "peluang" untuk ditemuduga juga diberikan kepada saya demi masa depan kami sekeluarga. Sekian pertanyaan dan suara hati dari saya. Terima kasih, "BELUM BOLEH BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Assalamualaikum wbt, Puan, Dimaklumkan bahawa semua calon yang dipanggil temu duga adalah hasil daripada tapisan mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Suka dinyatakan, setiap kali urusan pengambilan dilaksanakan ia adalah berdasarkan tapisan (kriteria) yang berbeza sesuai dengan keputusan-keputusan yang telah diputuskan melalui mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan. Justeru pohon tuan untuk sentiasa mengemaskini maklumat di www.jobsmalaysia.gov.my bagi mengelakkan terlepas pandang/ keciciran untuk panggilan temu duga yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya ini.
2.

Noraziah Muhamad

No. KP:  860312-35-5282

 Penukaran Tarikh Temuduga

Assalamualaikum / Selamat Sejahtera. Saya  telah mendapat panggilan temuduga untuk jawatan Pembantu Makmal gred C17 (2555)pada 07/09/2016 di Bilik Seminar 2, Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORM) Universiti Sains Malaysia, 11800 Gelugor, Pulau Pinang. Untuk makluman pihak tuan/puan, saya sekarang bekerja disektor swasta di Kuala Lumpur dan tidak mendapat cuti pada tarikh tersebut. Saya berminat untuk menghadiri temuduga dan memohon untuk menukar tarikh temuduga pada 14 September 2016 (Rabu). Mohon pertimbangan daripada pihak tuan/puan. Sekian. Terima Kasih

Assalamualaikum Puan, Dimaklumkan bahawa sesi temu duga Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)telah berakhir. Kesulitan amat dikesali dan pohon puan sentiasa mengemaskini maklumat permohonan di www.josmalaysia.gov.my (contoh: alamat, no, tel dsb) untuk mengelakkan sebarang keciciran dalam urusan pengambilan yang datang. Sekian, terima kasih.

3. Mohamad Aizad bin Mohamad Daut No. KP: 891025105127

Pihak Majikan Belum Terima Surat Pemberian Taraf Berpencen

Assalamualaikum,

Pihak majikan sjkckonghoe beralamat no 54 jln batu tiga 41300 klang selangor tel 03-33425729 pihak kami belum terima pemberian taraf berpencen en Mohamad Aizad bin Mohamad Daut pembantu operasi n11 lantikan 28/8/2012

Assalamualaikum

Tuan, Semakan mendapati permohonan Pemberian Taraf Berpencen tuan telah selesai diproses berkuatkuasa pada 1 Ogos 2016 dengan surat bertarikh 3 Ogos 2016 dan telah diposkan. Kerjasama tuan dipohon untuk berhubung dengan Ketua Jabatan/JPN/PPD mengenai perkara ini. Terima kasih.

4. Siti Tafsir Masnora Binti Sheikh Abdul Kadir

Masalah Semakan Permohonan

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Saya ingin mengemukan pertanyaan berkaitan dengan STATUS PERMOHONAN untuk mengisi jawatan dalam SPP. Beberapa minggu lepas saya telah mengisi beberapa jawatan dan selepas seminggu saya periksa status kenyataan seperti dibawah dikeluarkan : Maaf, permohonan anda tiada dalam pangkalan data SPP. Sila semak semula permohonan anda di Jobsmalaysia www.jobsmalaysia.gov.my serta lengkapkan maklumat permohonan dan pastikan semua maklumat yang dikehendaki telah lengkap diisi sebelum menghantar permohonan. Rujuk panduan yang telah disediakan untuk mengemaskini permohonan anda. soalan : (1)Dalam proses pengisian adakah saya ada telah melakukan kesalahan? (2)Bagaimana untuk memperbaiki dan memasukan nama saya untuk proses permohonanan jawatan PRMBANTU MAKMAL GRED C19 Sekian terima kasih

Assalamualaikum w.b.t, Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan iTanya dan pihak SPP memohon maaf diatas kelewatan maklumbalas. Untuk membuat permohonan perjawatan SPP calon mestilah:- 1)Membuat permohonan melalui Jobsmalaysia (http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/index.faces) 2)Daftar akaun baru sekiranya belum mempunyai akaun, atau login bagi yang telah mempunyai akaun (sekiranya mengalami masalah lupa katalaluan, sila klik lupa katalaluan disebelah pautan daftar akaun baru) 3)Bagi memudahkan calon membuat permohonan perjawatan SPP melalui portal Jobsmalaysia, sila layari portal SPP untuk mendapatkan panduan permohonan di alamat www.spp.gov.my, Klik pautan Pemohon Pekerjaan, Panduan dan klik pautan Pengemaskinian Maklumat Permohonan Jawatan Guru, Pensyarah dan Anggota Kumpulan Pelaksana bagi Pengguna yang telah mendaftar di JobsMalaysia dan seterusnya klik butang Download untuk muat turun fail sebagai panduan kepada calon untuk membuat pengemaskinian permohonan di portal Jobsmalaysia. 4)Bagi pemilihan perjawatan SPP, sila rujuk panduan pada mukasurat 18 5)Selepas selesai mengemaskini maklumat peribadi, calon perlu menghantar semula permohonan(Rujuk panduan pada mukasurat 16 hingga 19) 6) Bagi yang sudah menghantar tetapi ingin mengemaskini permohonan, log masuk seperti biasa, klik pada anjung, kemaskini maklumat yang diingini dan hantar semula permohonan Sekiranya masih terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi hotline Bahagian Pengurusan Maklumat SPP di talian 03-8871 7459 untuk bantuan secara terus. Diharap maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memudahkan calon membuat permohonan. Sekian, terima kasih
5.

NOOR ADILA BINTI OMAR

No. KP: 880415-26-5480

Tidak Dipanggil Temuduga Setelah Permohonan Dibuat

Tuan, Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin mengetahui status terkini terhadap permohonan yang telah saya buat beberapa tahun sebelum ini. Hal ini adalah kerana saya tidak langsung dipanggil temu duga sehingga ke hari ini. Berikut merupakan soalan yang saya ingin ajukan: 1)Apakah yang perlu saya lakukan terhadap permohonan yang telah lama saya lakukan? 2) Adakah permohonan saya masih dalam tempoh yang dibernarkan? Saya cuma ingin mendapatkan kepastian tentang permohonan yang telah dibuat. Terima kasih di atas kerjasama pihak Tuan

Assalamualaikum wbt, Puan, Dimaklumkan bahawa semua calon yang dipanggil temu duga adalah hasil daripada tapisan mengikut kriteria yang telah ditetapkan.Untuk makluman juga, setiap kali pengambilan dibuat tapisan akan berubah mengikut keputusan-keputusan yang telah diputuskan melalui2 mesyuarat-mesyuarat yang terlibat. Walau bagaimanapun, pengambilan/pengisian jawatan tetap akan dibuat dari masa ke masa. Pohon tuan untuk sentiasa mengemaskini maklumat di www.jobsmalaysia.gov.my bagi mengelakkan terlepas pandang/ keciciran untuk panggilan temu duga. Selain itu, tempoh sah sesuatu permohonan adalah setahun.

Maklumbalas Pertanyaan 2015

 Bil. Pengguna Pendapat/Cadangan/Pertanyaan Maklumbalas / Tindakan
 1. Haza Nurul Faziela Bt Hafizan

Kekosongan jawatan Penyelia Asrama

Tuan,saya nak bertanya kenapa sampai sekarang jawatan tersebut belum ada apa-apa panggilan dan bagaimana saya mahu tahu adakan status jawatan tersebut masih aktif,terima kasih

Terima kasih di atas pertanyaan puan. Untuk makluman puan, maklumat kekosongan perjawatan disimpan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dengan kata lain SPP tidak ada maklumat yang berkenaan. SPP akan memohon KPM memakluman kekosongan semua perjawatan hanya apabila temuduga untuk pengisian hendak dijalankan. Ini kerana soal penempatan pegawai adalah tanggungjawab pihak KPM dan juga Jabatan Pendidikan Negeri. Jawatan Penyelia Asrama seperti yang puan nyatakan masih aktif. Namun begitu untuk menentukan seseorang calon dipanggil temuduga, pemohonanan perlu melalui tapisan terlebih dahulu. ingin dinyatakan syarat yang ditetapkan dalam permohonan hanyalah syarat asas sahaja. Syarat teperinci ditetapkan semasa tapisan dilakukan, dan ia berubah dari masa ke semasa. Selain itu panggilan temuduga juga dibuat mengikut lokaliti. Bermakna jika tidak ada kekosongan jawatan yang berkenaan dalam daerah pemohon maka pemohon di daerah berkenaan tidak dipanggil untuk temuduga. Dengan kata lain pengambilan pegawai baru diutamakan kepada penduduk setempat. Oleh itu saya menyarankan agar puan terus memastikan permohonan puang aktif untuk membolehkan permohonan puan ditapis jika ada pengambilan di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
2.

Muhamad Abqari Bin Abdul Raffar

No. KP: 900903075673

Semakan Urusan Perkhidmatan

Salam tuan, Saya sudah mengisi beberapa jawatan di JobMalaysia di bawah SPP. Tetapi sy cuba untuk menyemak nama saya dalam sistem di SPP dan nama saya tiada dalam sistem urusan perkhidmatan. Di minta rujukan dari pihak tuan. No ic untuk rujukan : 900903075673 Terima Kasih

Assalamualaikum w.b.t, Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan iTanya.Untuk makluman permohonan calon telah diterima dan mengambil masa 1 hari bekerja untuk diproses. Berlaku sedikit kelewatan kerana pihak SPP perlu membuat pembersihan data permohonan terlebih dahulu dan mengambil sedikit masa. Sekiranya calon membuat permohonan pada hari ini, disarankan untuk membuat semakan pada keesokan hari. Untuk membuat semakan sila klik pada pautan ini (http://semakan.spp.gov.my/SemakanPermohonan/semak_papar.php) Jika masih terdapat sebarang kemusykilan atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi hotline Bahagian Pengurusan Maklumat Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran(SPP) ditalian 03 8871 7365/6/8 untuk maklumat lanjut. Diharap maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu calon. Sekian, terima kasih.

3.

Rosli Bin Abu Bakar

No. KP: 791107015725

Tidak Boleh Log Masuk

Mohon pihak pengurusan SPP  membuka semula log masuk saya. harap beri kerjasama dari pihak tuan amat dihargai

Assalamualaikum w.b.t, Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan iTanya dan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) memohon maaf diatas kelewatan maklumbalas. Untuk menukar katalaluan calon boleh:- 1)hubungi JobsMalaysia di talian 03-8320 2713/4/5 atau di alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk bantuan. 2)Atau calon boleh menukar sendiri di pautan berikut http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/jobsm_jobSeeker/resetPassword. Jika masih terdapat sebarang kemusykilan, boleh hubungi hotline Bahagian Pengurusan Maklumat Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran(SPP) ditalian 03 8871 7365/6/8 untuk maklumat lanjut. Diharap maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu. Sekian, terima kasih


4.

 Luk Jing 

No. KP: 911201-13-5890

Permohonan Tiada Dalam Pangkalan Data SPP

Hi, saya telah membuat pendaftaran di JobsMalaysia untuk jawatan PPP DG41 tetapi saya mendapati bahawa permohonan saya tiada dalam pangkalan data SPP. Apakah langkah yang perlu saya ambil untuk menangani masalah berikut? Maklumat saya adalah seperti berikut: Nama: LUK JING No IC: 911201-13-5890 Sekian, terima kasih.

Salam sejahtera, Untuk makluman saudari, permohonan saudari telah diterima oleh pihak SPP. Semakan status permohonan atas talian hendaklah dibuat di portal SPP iaitu www.spp.gov.my Terima kasih

5.

Mohd Fariz Bin Sudin

No. KP:  870316355289,

Status Permohonan Pencen

Salam, selamat sejahtera, saya ingin tanya status permohonan pemberian taraf berpencen saya yang telah yang telah diperakukan oleh ketua jabatan saya dan telah dihantar ke Urusetia SPP Sarawak melalui sekolah terakhir saya iaitu SK Beluru Central, Miri Sarawak, selepas itu saya telah berpindah ke Pulau Pinang, saya ingin mengetahui status pemberian taraf berpencen saya kerana telah lama saya menunggu surat kelulusan pemberian taraf berpencen dari urusetia SPP Sarawak

Tuan,

Semakan SPP Sarawak mendapati tiada permohonan pemberian taraf berpencen yang diterima daripada pihak tuan sehingga kini. Mohon kerjasama tuan untuk membuat semakan dengan pihak sekolah atau pejabat pendidikan daerah mengenai penghantaran permohonan tersebut. sekian, terima kasih.

Kod QR

  qr code
Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) versi mudah alih menerusi telefon bimbit (Smartphone) hanya dengan menggunakan Kod QR SPP. Anda perlu :
checked1  Muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda.
checked1  Buka aplikasi QR Reader yang telah di instalasi dan kemudian imbas Kod QR SPP di atas
   dengan menggunakan aplikasi QR Reader dari Smartphone anda.
checked1  Seterusnya, anda akan terus dibawa ke Portal Rasmi SPP versi mudah alih.