soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2 | petalaman3

ikon orangawam
ORANG AWAM

Capaian maklumat dan perkhidmatan untuk orang awam.

ikon penjawatawam
PENJAWAT AWAM

Capaian maklumat dan perkhidmatan untuk penjawat awam.

ikon warga
WARGA SPP

Capaian maklumat dan perkhidmatan untuk warga SPP.
PENGUMUMAN

SPP ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui Akta A193 dan P.U.(B) 556/1973 hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Aziz untuk bertindak sebagai Pihak Berkuasa dalam perkhidmatan pelajaran yang menjalankan fungsinya mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Sehingga kini keanggotaan SPP ditetapkan seramai 13 orang yang diketuai oleh Pengerusi dan dibantu oleh urus setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha. Semua Anggota SPP dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.

SPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.

 

 

 

 

FUNGSI SPP

MELANTIK

Melantik calon ke jawatan tetap, kontrak atau sementara dalam perkhidmatan pelajaran.

MENGESAHKAN

Mengesahkan dalam perkhidmatan anggota yang dilantik tetap.

PENJAWATAN TETAP/PENCEN

Meluluskan pemberian taraf berpencen ke atas anggota yang dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan.

MENAIKKAN PANGKAT

Kawalan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran pelajaran melalui Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.

MENUKARKAN

Meluluskan pertukaran pelantikan atau pertukaran  perkhidmatan.

KAWALAN TATATERTIB

Berperanan sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib perkhidmatan pelajaran.
  • agensi agensi agensi agensi agensi agensi agensi agensi

Kod QR

  qr code
Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) versi mudah alih menerusi telefon bimbit (Smartphone) hanya dengan menggunakan Kod QR SPP. Anda perlu :
checked1  Muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda.
checked1  Buka aplikasi QR Reader yang telah di instalasi dan kemudian imbas Kod QR SPP di atas
   dengan menggunakan aplikasi QR Reader dari Smartphone anda.
checked1  Seterusnya, anda akan terus dibawa ke Portal Rasmi SPP versi mudah alih.