soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2 | petalaman3

result

Keputusan temu duga bagi pelantikan tetap ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 bagi calon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk penempatan di Sekolah Kebangsaan (SK) bagi temu duga 23 November hingga 10 Disember 2015 di Sabah, Sarawak dan Putrajaya boleh semakdi sini. Surat arahan penempatan akan dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Calon-calon yang berjaya adalah dipohon untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT). Untuk makluman, PSTT tersebut hendaklah dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) samada SPP Putrajaya (bagi calon-calon yang mendapat penempatan di negeri-negeri di Semenanjung), SPP Cawangan Sabah (bagi penempatan di Sabah) dan SPP Cawangan Sarawak (bagi penempatan di Sarawak) mengikut arahan penempatan negeri masing-masing.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon-calon adalah dipohon untuk menghantar emel kepada alamat emel seperti berikut:

  1. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  2. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sila kemukakan alamat yang betul beserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi pada emel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemaskini dan boleh dicetak semula.

Kod QR

  qr code
Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) versi mudah alih menerusi telefon bimbit (Smartphone) hanya dengan menggunakan Kod QR SPP. Anda perlu :
checked1  Muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda.
checked1  Buka aplikasi QR Reader yang telah di instalasi dan kemudian imbas Kod QR SPP di atas
   dengan menggunakan aplikasi QR Reader dari Smartphone anda.
checked1  Seterusnya, anda akan terus dibawa ke Portal Rasmi SPP versi mudah alih.