result

KEPUTUSAN TEMU DUGA BAGI PELANTIKAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA CALON NEGERI PULAU PINANG DAN KELANTAN

TEMU DUGA PADA 6 HINGGA 22 SEPTEMBER 2016

Keputusan temu duga bagi pelantikan ke jawatan tetap Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) bagi calon Negeri Pulau Pinang dan Kelantan yang telah ditemu duga pada 6 hingga 22 September 2016 di Negeri Pulau Pinang dan Kelantan boleh disemak di https://semakan.spp.gov.my/semakan/keputusan_temuduga.php

Surat Arahan melapor diri akan dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada calon-calon yang berjaya.

* Calon-calon yang berjaya adalah dipohon untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT). Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) melalui Ketua Jabatan masing-masing selepas melapor diri. Perlu diambil perhatian bahawa keputusan temu duga serta pautan untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan PSTT hanya dipaparkan selama 6 minggu dari tarikh pengumuman dikeluarkan. Calon-calon adalah dinasihatkan untuk menyelesaikan proses mencetak surat tawaran dan PSTT dalam tempoh tersebut. Sekiranya calon gagal mencetak surat tawaran dalam tempoh yang telah ditetapkan, calon boleh berhubung dengan urusetia di talian 03-8871 7412 atau 03-8871 7418.

 

Pilihan W3C

Pilihan Warna:
blue green oren
Saiz Tulisan:
  • Arial
  • Calibri
  • Times New Roman

Kod QR

  qr code
Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) versi mudah alih menerusi telefon bimbit (Smartphone) hanya dengan menggunakan Kod QR SPP. Anda perlu :
checked1  Muat turun dan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda.
checked1  Buka aplikasi QR Reader yang telah di instalasi dan kemudian imbas Kod QR SPP di atas
   dengan menggunakan aplikasi QR Reader dari Smartphone anda.
checked1  Seterusnya, anda akan terus dibawa ke Portal Rasmi SPP versi mudah alih.