HEBAHAN PENGAMBILAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 TAHUN 2024

 

  1. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa Graduan Pendidikan yang telah menamatkan pengajian dan memperoleh keputusan senat universiti sebelum atau pada 26 April 2024 untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara lantikan Kontrak (Interim) untuk ditempatkan di Kementerian Pendidikan Malaysia.
  1. Graduan Pendidikan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) (https://myspp.spp.gov.my) sebelum atau pada 26 April 2024 (Jumaat).
  1. Graduan Pendidikan yang telah memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui mySPP bagi tempoh 1 Januari 2024 sehingga 31 Mac 2024 TIDAK PERLU membuat pengemaskinian sepanjang tempoh hebahan ini
  1. Graduan Pendidikan juga TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan selepas daripada tarikh tutup hebahan bermula 27 April 2024 sehingga 1 Jun 2024.
  1. Graduan Pendidikan diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi/ dikemas kini di dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.
  1. Hanya Graduan Pendidikan yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga mengikut opsyen yang akan ditentukan oleh SPP dan keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  1. Perincian syarat permohonan boleh dirujuk sini