HEBAHAN KEPUTUSAN TEMU DUGA BAGI CALON RAYUAN PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA “ONE-OFF” TAHUN 2021

Semakan Keputusan Temu Duga calon rayuan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara ‘One-Off’ bagi temu duga yang telah diadakan pada 13 hingga 15 Disember 2021. Calon boleh membuat semakan di SINI.

Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh KPM.

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:

Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat. Suruhanjaya hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat. Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat pengambilan.sarawak@spp.gov.my.

Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.