Webmail     
search
  qr-code

SARAWAK: HEBAHAN KEPUTUSAN TEMU DUGA GRADUAN PENDIDIKAN KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 UNTUK PENGAMBILAN TAHUN 2022

Untitled.jpg

 

Hebahan Keputusan Temu Duga Graduan Pendidikan Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 Tahun 2022 Bagi Calon-calon Yang Telah Ditemu Duga Pada 14 November 2022 – 17 November 2022.

Calon boleh membuat semakan keputusan temu duga di SINI. --> https://semakan.spp.gov.my/semakan/keputusan_temuduga_view.php

Bagi calon opsyen Bahasa Inggeris yang tidak mempunyai kelayakan CEFR C1 atau MUET Band 5, boleh membuat semakan keputusan temu duga di SINI.
-> https://semakan.spp.gov.my/semakan/kontrak/keputusan_temuduga_cos_view.php

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:

Calon-calon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) sebelum 05 Mei 2023. Perlu diambil perhatian bahawa keputusan temu duga serta pautan untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan PSTT hanya dipaparkan sehingga tarikh berkenaan sahaja.

Kegagalan mencetak surat tawaran sebelum tarikh yang dinyatakan akan menyebabkan tuan/puan tidak mempunyai salinan surat tawaran dan menyukarkan urusan melapor diri.

Surat Arahan melapor diri/penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada calon-calon yang berjaya.

Sebarang ralat pada surat tawaran calon yang berjaya hendaklah dimaklumkan terus kepada pihak urus setia dengan mengemukakan nama penuh, no kad pengenalan serta butiran pembetulan melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Pihak urus setia akan membuat pengemaskinian segera untuk para calon mencetak semula surat tawaran terkini.

W3C Options

Color Option:
blue green oren
Text Size:
  • Arial
  • Calibri
  • Times New Roman

QR Code

  qr code
Now you can visit The Official Portal of Education Service Commission Malaysia (SPP) mobile version via Smartphone by using the SPP QR Code. You need to :
checked1  Download and install the QR Reader which is compatible with your smartphone.
checked1  Open QR Reader that has been installed and then scan the SPP QR code above
   using QR Reader application from your smartphone.
checked1  Next, you will be taken straight to the Official Portal of SPP mobile version.