Webmail     
search
  qr-code

SEMENANJUNG: Hebahan Panggilan Temu Duga Graduan Bukan Pendidikan Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 Lantikan Secara Contract Of Service (CoS) Tahun 2023 

panggilan td ppp

Merujuk kepada iklan permohonan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 pada 7 April 2023, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan urusan temu duga bagi pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 lantikan secara Contract of Service (CoS) Tahun 2023 bagi zon Semenanjung bermula pada 18 September 2023 sehingga 26 Oktober 2023 dengan perincian seperti di Jadual 1.

Jadual 1: Urusan Temu Duga PPP Gred DG41 Lantikan Secara CoS Tahun 2023 (Semenanjung)

Siri Tarikh Temu Duga Pusat Temu Duga
1 18 – 21 September 2023 Putrajaya
2 2 – 5 Oktober 2023 Putrajaya dan Utara
3 9 – 12 Oktober 2023 Putrajaya
4 17 – 19 Oktober 2023 Timur
5 24 – 26 Oktober 2023 Putrajaya

Nota: Tertakluk kepada pindaan. Sebarang pindaan akan dimaklumkan kemudian.

Sehubungan itu, calon-calon graduan bukan pendidikan yang telah memilih pusat temu duga di Semenanjung boleh membuat semakan panggilan temu duga di SINI.

Bagi calon yang menerima keputusan ‘Maaf! Maklumat anda tiada dalam urusan ini.’, calon tidak disenaraikan untuk panggilan temu duga.

Bagi calon-calon graduan bukan pendidikan yang memilih pusat temu duga di Sabah dan Sarawak, hebahan urusan temu duga akan dimaklumkan menerusi hebahan lain.

PERINGATAN

  1. Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
  2. Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.

Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah:

Urusan Pengambilan 03 – 8893 4019
03 – 8893 4020
Isnin – Khamis : 9.00 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 4.00 petang
Jumaat : 9.00 pagi – 12.15 tengah hari
2.45 petang – 4.00 petang

W3C Options

Color Option:
blue green oren
Text Size:
  • Arial
  • Calibri
  • Times New Roman

QR Code

  qr code
Now you can visit The Official Portal of Education Service Commission Malaysia (SPP) mobile version via Smartphone by using the SPP QR Code. You need to :
checked1  Download and install the QR Reader which is compatible with your smartphone.
checked1  Open QR Reader that has been installed and then scan the SPP QR code above
   using QR Reader application from your smartphone.
checked1  Next, you will be taken straight to the Official Portal of SPP mobile version.