Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan urusan temu duga Graduan Pendidikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi pengambilan tahun 2023 di Semenanjung.
Urusan temu duga Siri Keenam ini akan dilaksanakan di KELANTAN dengan perincian berikut:
OPSYEN |
PILIHAN PUSAT TEMU DUGA |
PUSAT TEMU DUGA |
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Pendidikan Islam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pendidikan Khas Pendidikan Seni Visual Rekabentuk Teknologi Pendidikan Moral |
Kelantan |
KELANTAN |
- Bagi temu duga opsyen-opsyen lain, jadual akan dihebahkan secara berperingkat dari semasa ke semasa.
- Calon adalah diminta untuk menyemak syarat kelayakan jawatan di SINI sebelum menghadiri temu duga.
- Sehubungan itu, calon boleh membuat semakan panggilan Temu Duga di SINI.
PERINGATAN
- Panggilan temu duga ini tertakluk kepada tapisan dan semakan ke atas maklumat kelayakan akademik yang dikemukakan oleh calon semasa membuat permohonan.
- Hanya calon yang mempunyai ikhtisas pendidikan, telah bergraduasi atau memperoleh keputusan Senat dari Universiti SEBELUM 22 APRIL 2023 sahaja yang layak untuk hadir temu duga.
- Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat kelayakan akademik yang tidak memenuhi syarat di atas, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.
Sebarang pertanyaan, calon boleh kemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah :
Urusan Pengambilan |
03 – 8893 4019 |
03 – 8893 4020 |
|
Isnin – Khamis : |
9.00 pagi – 1.00 petang |
2.00 petang – 4.00 petang |
|
Jumaat : |
9.00 pagi – 12.15 tengah hari |
2.45 petang – 4.00 petang |