soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

panggilan td ppp

Keputusan temu duga ke jawatan tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi calon Guru Interim di Sarawak yang telah ditemu duga pada 28 hingga 30 Julai 2021. Calon boleh membuat semakan DI SINI.

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA:

Bagi dokumen Surat Tawaran dan Pakej Setuju Terima Tawaran(PSTT) calon yang ditawarkan perlu mengambil tindakan berikut;

  1. Surat Tawaran Pelantikan Tetap: Memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dalam tempoh enam (6) minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat. Surat tawaran ini TERBATAL sekiranya calon tidak melapor diri BERTUGAS dalam tempoh 30 hari dari tarikh arahan penempatan;
  2. Pakej Setuju Terima Tawaran(PSTT): Memuat turun, menyimpan dan mencetak PSTT dalam tempoh enam (6) minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat. Dokumen lengkap ini perlu dikemukakan kepada Ketua Jabatan pada tarikh lapor diri dan menyimpan Salinan dokumen ini untuk rujukan pegawai sendiri.
  3. Suruhanjaya hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat. Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM. Kegagalan mencetak surat tawaran sebelum tarikh yang dinyatakan akan menyebabkan tuan/puan tidak mempunyai salinan surat tawaran dan menyukarkan proses melapor diri.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dengan rujukan : PERMOHONAN PINDAAN ALAMAT TERKINI –NAMA CALON- KAD PENGENALAN CALON- NOMBOR TELEFON. Urus setia SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.

Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh KPM.

QR Code

  qr code
Now you can visit The Official Portal of Education Service Commission Malaysia (SPP) mobile version via Smartphone by using the SPP QR Code. You need to :
checked1  Download and install the QR Reader which is compatible with your smartphone.
checked1  Open QR Reader that has been installed and then scan the SPP QR code above
   using QR Reader application from your smartphone.
checked1  Next, you will be taken straight to the Official Portal of SPP mobile version.