Webmail     
search
  qr-code

PERMOHONAN JAWATAN

PERMOHONAN JAWATAN
BIL SOALAN JAWAPAN
1. Apakah jawatan yang boleh saya pohon di SPP? a. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk berkhidmat di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
b. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan PPPT Gred DH41 untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT);

c.

Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) untuk berkhidmat di mana-mana agensi di bawah KPM iaitu jawatan berikut:

  1. Pembantu Tadbir (Perkeranian   dan Operasi) Gred N19;
  2. Penyelia Asrama Gred N19;
  3. Pembantu Pengurusan Murid Gred N19;
  4. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19;
  5. Pembantu Makmal Gred C19;
  6. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19;
  7. Pembantu Operasi Gred N11; dan
  8. Pemandu Kenderaan Gred H11

2.

Bilakah dan bagaimanakah saya boleh memohon jawatan tersebut?

Semua permohonan jawatan di bawah SPP boleh dilakukan sepanjang tahun. Permohonan boleh dikemukakan melalui Sistem mySPP di https://myspp.spp.gov.my

3. Saya merupakan PPP Gred DG29, DG32, DG34, dan DG38 di bawah KPM yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda. Bolehkah saya memohon untuk pelantikan ke jawatan PPP Gred DG41? Selaras dengan pekeliling yang berkuat kuasa bagi pegawai yang sedang berkhidmat sebagai PPP Gred DG29, DG32, DG34, dan DG38 perlu mengemukakan permohonan untuk kenaikan pangkat ke PPP DG42 yang dikendalikan oleh pihak KPM. SPP hanya menguruskan pelantikan pertama dalam perkhidmatan sama ada ke jawatan PPP Gred DG29 atau PPP Gred DG41.

4.

Saya pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan awam tetapi ingin berkhidmat semula. Bagaimanakah caranya untuk saya mengemukakan permohonan?

Seseorang yang telah meletakkan jawatan boleh dilantik semula ke dalam perkhidmatan awam. Permohonan boleh dibuat seperti permohonan calon biasa iaitu permohonan secara online di  https://myspp.spp.gov.my

5. Bilakah iklan jawatan kosong disiarkan? SPP tidak mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar mahupun media massa yang lain. SPP menyiarkan iklan sepanjang masa di portal kami dan permohonan boleh dibuka terus di https://myspp.spp.gov.my .Oleh itu, pemohon juga boleh menyemak maklumat yang dimaksudkan serta perkara lain berkaitan dengannya dan mereka boleh memohon jawatan yang diminati yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki. Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, penerbitan iklan juga boleh dilakukan oleh SPP pada bila-bila masa mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan urusan pengambilan jawatan tertentu.
6. Perlukah saya menghantar biodata/maklumat peribadi (resume) untuk memohon jawatan ke SPP? Tidak perlu. Pemohon hanya dikehendaki mengisi dengan teliti dan sempurna semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan. Walau bagaimanapun, dokumen yang mengandungi maklumat tersebut serta dokumen lain yang berkaitan perlu dibawa pada hari temu duga.

7.

Mengapa saya perlu memperbaharui / mengemas kini permohonan/pendaftaran?

Setiap pendaftaran perlu diperbaharui/ dikemas kini walaupun pemohon tidak pernah dipanggil peperiksaan atau temu duga dalam tempoh satu (1) tahun. Ini membolehkan SPP mendapatkan serta menyimpan maklumat terkini pemohon yang benar-benar berminat di dalam bank data SPP. Selain itu ia juga mengelakkan pemohon terlepas peluang untuk dipertimbangkan panggilan temuduga disebabkan tempoh sah laku pendaftaran yang telah luput selepas tempoh satu (1) tahun.

TEMU DUGA

TEMU DUGA
BIL SOALAN JAWAPAN

1.

Bilakah saya akan dipanggil temu duga

a.

Bagi jawatan PPP, temu duga akan dilaksanakan sebaik sahaja maklumat kekosongan jawatan mengikut opsyen diterima daripada KPM. Pemakluman bagi urusan panggilan temu duga akan dibuat melalui portal SPP. Calon boleh menyemak status panggilan temu duga secara online di portal SPP. 

b. Bagi calon AKP, temu duga akan dilaksanakan sebaik sahaja maklumat kekosongan jawatan diterima daripada KPM. Calon boleh menyemak status panggilan temu duga secara online di portal SPP dari masa ke masa.
    c. Bagi calon PPPT , temu duga akan dilaksanakan sebaik sahaja maklumat kekosongan jawatan diterima daripada KPT. Panggilan temu duga bagi jawatan PPPT akan dibuat mengikut kekosongan bidang pengkhususan dan gred jawatan. Calon boleh menyemak status panggilan temu duga secara online di portal SPP dari masa ke masa.

2.

Bolehkah saya menukar tempat temu duga?

a.

Pertukaran tempat temu duga dibenarkan kepada calon PPP yang telah bertukar daripada pusat temu duga yang dipilih sewaktu dipanggil temu duga dengan syarat terdapat temu duga bagi opsyen yang sama dilaksanakan di negeri calon berada sekarang. Walau bagaimanapun, calon dikehendaki memaklumkan terlebih dahulu kepada Suruhanjaya secara bertulis sebaik sahaja mengetahui pemakluman temu duga dan calon disyaratkan membawa dokumen berikut semasa hadir temu duga:

  1. pemakluman temu duga;
  2. semua dokumen yang disyaratkan dalam senarai semak pemakluman temu duga; dan
  3. salinan kebenaran pertukaran pusat temu duga
b. Tidak boleh bagi jawatan PPPT dan AKP
3. Apa yang saya perlu lakukan sekiranya salah satu sijil asal  hilang? Calon dikehendaki mendapatkan semula sijil asal tersebut ataupun surat pengesahan dari pihak yang mengeluarkan.
4. Apakah salinan fotostat sijil yang telah disahkan boleh diterima pakai menggantikan sijil asal yang hilang untuk urusan temu duga? Tidak boleh, calon dikehendaki mendapatkan semula sijil asal tersebut ataupun surat pengesahan dari pihak yang mengeluarkan sijil tersebut.
5. Apakah persediaan yang perlu saya buat untuk menghadiri temu duga? Antara persediaan yang perlu dilakukan:
  • Pastikan semua dokumen asal yang dikehendaki seperti dalam senarai semak pemakluman temu duga disediakan. Hanya sijil asal diterima dan calon yang gagal mengemukakan sijil asal tidak akan ditemu duga;
  • Pastikan pakaian mematuhi kod etika pakaian penjawat awam; dan
  • Lengkapkan diri dengan pengetahuan am dan ikhtisas.
6. Saya telah membuat permohonan di mySPP, Bilakah saya akan dipanggil temu duga? Semua pemohon yang telah berdaftar di mySPP akan dipertimbangkan panggilan temu duga sekiranya:
  • Terdapat kekosongan jawatan yang dipohon;
  • Memenuhi syarat skim perkhidmatan jawatan yang dipohon; dan
  • Melepasi asas tapisan.

Setiap pemohon boleh menyemak pendaftaran melalui pautan Semakan Status Pendaftaran di Portal SPP.

7. Kenapa saya tidak dipanggil temu duga? Ada pelbagai sebab mengapa seseorang pemohon itu tidak dipanggil temu duga walaupun telah lama berdaftar di mySPP seperti:
  • Tiada urusan pengambilan dijalankan disebabkan tiada laporan kekosongan jawatan dikemukakan oleh Kementerian/Jabatan kepada SPP;
  • Permohonan yang dikemukakan oleh pemohon tidak lengkap dan tidak berjaya didaftarkan dalam bank data SPP;
  • Pendaftaran pemohon telah luput tempoh sah laku pendaftaran dan pemohon tidak memperbaharuinya;
  • Pemohon tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam iklan atau dalam skim perkhidmatan bagi jawatan dipohon; dan
  • Pemohon tidak melepasi asas tapisan.
8. Berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temu duga selepas proses pendaftaran di mySPP? Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses tersebut kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data SPP. Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah SPP menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian. Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh SPP bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon.

PELANTIKAN

PELANTIKAN
BIL SOALAN   JAWAPAN
1. Bilakah surat tawaran pelantikan akan dikeluarkan sekiranya saya berjaya dalam sesi temu duga? a. Bagi calon yang berjaya, pemakluman keputusan temu duga akan dimaklumkan dalam portal SPP dan calon adalah dikehendaki untuk mencetak sendiri surat tawaran pelantikan tersebut dalam tempoh 6 minggu dari tarikh surat tawaran dikeluarkan. Surat arahan lapor diri  dan penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian.
2. Sekiranya saya gagal dalam temu duga, apakah yang perlu saya lakukan? a.  Bagi jawatan PPP, Suruhanjaya telah menetapkan tatacara baharu bagi semua kategori calon yang gagal temu duga seperti yang berikut:
  1. calon dimaklumkan kegagalannya;dan
  2. calon boleh memohon semula melalui mySPP selepas enam bulan dari tarikh keputusan Suruhanjaya melalui Portal SPP.

Tempoh enam bulan yang diberikan oleh Suruhanjaya untuk memohon semula bertujuan memberi peluang kepada calon memperbaiki kelemahan diri.

    b. Bagi jawatan PPPT dan AKP, calon boleh mengemaskini semula permohonan di https://myspp.spp.gov.my untuk memastikan permohonan jawatan masih aktif.

PERKHIDMATAN

PERKHIDMATAN
BIL SOALAN JAWAPAN
1. Bilakah saya boleh disahkan dalam perkhidmatan? Mengikut Sistem Saraan Malaysia, seseorang pegawai boleh disahkan ke dalam perkhidmatan setelah menjalani tempoh percubaan selama satu hingga tiga tahun dan memenuhi syarat-syarat pengesahan perkhidmatan seperti yang telah ditetapkan di dalam surat tawaran (termasuk lulus peperiksaan perkhidmatan sebagaimana ditetapkan oleh ketua jabatan sekiranya ada dan tapisan keselamatan).
2. Apakah syarat-syarat pengesahan dalam perkhidmatan?
  1. Berkhidmat dalam tempoh percubaan antara satu hingga tiga tahun;
  2. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi/ Program Transformasi Minda;
  3. Lulus peperiksaan perkhidmatan (bagi AKP); dan
  4. Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
3. Apakah dokumen yang diperlukan untuk pengesahan dalam perkhidmatan? Perakuan lengkap urusan PDP ialah:
  1. Borang Perakuan PDP - Jadual Ketiga (Lampiran A Pekeliling SPP Bil. 3 Tahun 2018);
  2. Borang Opsyen Bagi Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Mengikut Subsekyen 6A(1) Akta Pencen (Peraturan 37)-Jadual Kelima (Lampiran B) Pekeliling SPP Bil. 3 Tahun 2018);
  3. Senarai Semak Perakuan Urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan (Lampiran C) ) Pekeliling SPP Bil. 3 Tahun 2018
  4. Salinan Keputusan Kursus Induksi/ Program Transformasi Minda/ Pengecualian Kursus Induksi;
  5. Salinan Keputusan Peperiksaan Perkhidmatan (bagi AKP); dan
  6. Salinan Buku Rekod Perkhidmatan (Kenyataan Perkhidmatan, Kenyataan Cuti dan Lembaran Kelakuan) yang kemas kini/ teratur dan disahkan.
4. Apa yang perlu dilakukan sekiranya belum disahkan dalam perkhidmatan? Ketua Jabatan bagi anggota yang tidak dapat disahkan dalam perkhidmatan dalam tempoh yang ditetapkan hendaklah mengemukakan permohonan bagi Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP) anggota kepada SPP dalam tempoh 7 hari sebaik sahaja tamat tempoh percubaan maksimum atau genap 36 bulan perkhidmatan (Perenggan 9 Pekeliling SPP Bil. 2 Tahun 2018).
5. Siapakah yang layak menerima pemberian taraf berpencen (PTB)? Seseorang pegawai layak diberi taraf berpencen sekiranya tidak memilih skim KWSP, telah disahkan dalam perkhidmatan dan genap tempoh 3 tahun perkhidmatan yang boleh diambil kira. Secara umumnya, tarikh PTB ditetapkan pada satu hari bulan pada bulan berikutnya selepas SPP menerima perakuan lengkap daripada Ketua Jabatan.
6. Apakah dokumen yang diperlukan untuk memproses (PTB)?
  1. Borang Perakuan Pemberian Taraf Berpencen (peraturan 38)-Jadual Keenam (Lampiran A) Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2018);
  2. Senarai Semak Perakuan Urusan Pemberian Taraf Berpencen (Lampiran B) Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2018) dan
  3. Salinan Buku Rekod Perkhidmatan (Kenyataan Perkhidmatan, Kenyataan Cuti dan Lembaran Kelakuan) yang kemas kini/ teratur dan disahkan.
7. Bagaimanakah penetapan tarikh lantikan saya dibuat? a. Bagi jawatan PPP, tarikh lantikan adalah tarikh penempatan atau tarikh lapor diri bertugas mengikut tarikh mana yang terkemudian.
b. Bagi jawatan PPPT dan AKP, tarikh lantikan adalah berdasarkan tarikh lapor diri bertugas. 
8. Sekiranya saya berjaya dalam temu duga, di manakah saya akan ditempatkan? Penempatan tempat bertugas adalah terletak di bawah bidang kuasa Ketua Perkhidmatan di (KPM) Calon mungkin ditempatkan bertugas sama ada di Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Politeknik, Kolej Komuniti atau di bahagian-bahagian di KPM sendiri.
9. Bolehkah pemeriksaan perubatan dibuat di klinik/hospital swasta? Boleh asalkan pemeriksaan perubatan tersebut dilakukan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar. Walau bagaimanapun, kos/caj yang dikenakan di bawah tanggungjawab sendiri.
10. Apa akan berlaku sekiranya saya diperaku tidak sihat? Suruhanjaya boleh membatalkan tawaran sekiranya calon menghidap masalah kesihatan yang tidak terkawal (severe).  Rujuk Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 2 Tahun 2017
11. Sebagai PTJ yang menguruskan e-proper apakah Pekeliling yang perlu dirujuk berkaitan masalah kesihatan Ketua Jabatan hanya boleh menerima calon Anggota Perkhidmatan Pendidikan (APP) melapor diri bertugas sekiranya calon tersebut mengemukakan laporan pemeriksaan kesihatan dan diperaku sihat untuk berkhidmat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar.

Rujuk:

  • Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 2 Tahun 2017
  • Surat edaran Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran bertarikh 4 Julai 2018
12. Perlukah saya menghantar Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) kepada Suruhanjaya? Tidak Perlu. Merujuk kepada Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 5 Tahun 2018, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk mengemukakan permohonan melalui system e-proper bagi mendapatkan pengesahan pelantikan.
13. Bolehkah saya menghantar sebarang dokumen berkaitan perkhidmatan tanpa melalui Ketua Jabatan? Tidak Boleh. Semua urusan adalah rasmi dan perlu dibuat melalui Ketua Jabatan.
14. Bagaimanakah penetapan gaji permulaan saya dibuat? Penetapan gaji permulaan dibuat:
  • mengikut kelayakan akademik sebagaimana ditetapkan dalam skim perkhidmatan;
  • bagi calon yang sedang berkhidmat tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan tersebut, maka gaji permulaan akan ditetapkan pada mata gaji yang lebih tinggi  dan paling hampir yang perbezaannya tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa atau amaun yang bersamaan dengan pergerakan gaji biasa dalam gred atau jawatan terdahulu, terhad kepada mata gaji maksimum jawatan baru sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan  25(7) dan (8)  dalam  Peraturan-Peraturan  Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012;
15. Saya dapati gaji yang ditawarkan kepada saya setelah dilantik lebih rendah dari elaun bulanan yang saya perolehi sewaktu saya dalam jawatan Guru Sandaran Terlatih (GST). Elaun bulanan yang diterima semasa berkhidmat sebagai GST tidak diambil pertimbangan untuk tujuan penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi. Penetapan gaji yang lebih tinggi dengan mengambil kira gaji akhir di jawatan lama hanya diperuntukkan kepada pegawai dalam jawatan tetap yang telah disahkan dalam perkhidmatan sahaja. Walau bagaimanapun, pengalaman berkhidmat sebagai GST (iaitu dikira dari tarikh memperolehi kelayakan penuh) boleh diambil kira untuk penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi.
16. Saya dapati gaji yang ditawarkan kepada saya tidak berdasarkan kelayakan sijil/ijazah yang saya miliki. Apa yang perlu saya lakukan? Sila kemukakan rayuan melalui dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan kepada Suruhanjaya bersama nilai taraf kelayakan sijil/ijazah tersebut yang diperolehi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
17. Sebelum saya dilantik ke jawatan PPP/PPPT/AKP, saya telah berkhidmat tetap dengan kerajaan. Saya dapati bahawa gaji yang ditawarkan kepada saya lebih rendah daripada jawatan saya sebelum itu. Apakah yang perlu saya lakukan? Sila kemukakan rayuan melalui dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan kepada Suruhanjaya bersama salinan Buku Rekod Perkhidmatan (BRP) yang telah dikemaskini.
18. Saya memiliki kelayakan Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD). Sekiranya saya dilantik, adakah saya akan ditawarkan gaji yang lebih tinggi. Calon yang memiliki Kelayakan Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD) layak untuk diberikan gaji yang lebih tinggi seperti yang telah digariskan melalui Pekeliling Perkhidmatan bil. 1 Tahun 2016 seperti berikut :
  • diambil kira untuk tujuan penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi bagi jawatan PPP sebagaimana yang diperuntukan dalam skim perkhidmatan bagi lantikan mulai 1 Januari 2014.
  • diambil kira untuk tujuan penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi bagi jawatan PPPT sebagaimana peruntukan dalam skim perkhidmatan tertakluk kelayakan tersebut diiktiraf oleh kerajaan.

LAIN-LAIN

LAIN-LAIN
BIL SOALAN JAWAPAN
1. Bolehkah saya memohon kepada Suruhanjaya untuk bertukar tempat bertugas? Permohonan pertukaran tempat bertugas adalah di bawah bidang kuasa KPM/KPT (contohnya Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Bahagian Pendidikan Islam) mengikut yang mana berkaitan.
2. Bagaimanakah cara untuk saya memohon mengikuti kursus perguruan? Permohonan untuk mengikuti kursus perguruan adalah di bawah bidang kuasa rektor IPGM, KPM/KPT. Sila rujuk bahagian berkenaan untuk maklumat lanjut.

W3C Options

Color Option:
blue green oren
Text Size:
  • Arial
  • Calibri
  • Times New Roman

QR Code

  qr code
Now you can visit The Official Portal of Education Service Commission Malaysia (SPP) mobile version via Smartphone by using the SPP QR Code. You need to :
checked1  Download and install the QR Reader which is compatible with your smartphone.
checked1  Open QR Reader that has been installed and then scan the SPP QR code above
   using QR Reader application from your smartphone.
checked1  Next, you will be taken straight to the Official Portal of SPP mobile version.