Accessibility Tools

 
webmel
banner
ramadan26.png
previous arrow
next arrow

LATEST :

Merujuk kepada iklan pada 4 Ogos 2025, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Urus Setia Sabah akan melaksanakan urusan temu duga bagi jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH12 dan Gred DH9  lantikan secara  kontrak (Interim) di Sabah tahun 2025 pada 1 Oktober 2025 (Rabu).

Calon boleh membuat semakan panggilan temu duga melalui pautan di SINI.

Bagi calon yang menerima paparan mesej ‘Maaf! Anda tidak tersenarai untuk temu duga ini.’, ia bermaksud calon tidak melepasi tapisan dan tidak disenaraikan untuk panggilan temu duga.

PERHATIAN

1. Calon yang memiliki Sijil Kompetensi/ Sijil Profesional diwajibkan membawa sijil asal beserta salinan semasa menghadiri sesi temu duga.

2. Calon yang memiliki pengalaman kerja diingatkan untuk melengkapkan ruangan ‘Pengalaman Kerja’ pada Borang Maklumat Calon yang dilampirkan.

 PERINGATAN

  • Keputusan Suruhanjaya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
  • Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui:

SPP

NO TELEFON

EMEL

SPP USC SABAH

088 - 488 521 / 522 / 523

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.