Pencapaian Piagam Pelanggan 2009
- Urusan Temu Duga
-
Semua calon PPP akan ditemu duga tidak lewat daripada sembilan (9) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.
-
Panggilan temu duga kepada calon PPPT dan AKS yang layak akan dibuat dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh permohonan pengisian jawatan oleh kementerian.
-
Pemberitahuan Keputusan Temu Duga
Keputusan temu duga akan dikeluarkan tidak lewat daripada empat (4) minggu selepas kelulusan Suruhanjaya.
- Pengeluaran Surat Pengesahan Pelantikan
Surat Pengesahan Pelantikan akan dikeluarkan tidak lewat daripada empat (4) minggu dari tarikh Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) yang lengkap diterima. PSTT merangkumi Surat Setuju Terima Tawaran, Surat Akuan Sumpah, Laporan Pemeriksaan Doktor dan Surat Aku Janji.
- Urusan Perkhidmatan
Keputusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Pelanjutan Tempoh Percubaan dan Pemberian Taraf Berpencen akan dimaklumkan tidak lewat daripada enam (6) minggu dari tarikh perakuan lengkap diterima.
- Urusan Kenaikan Pangkat dan Tatatertib
Rayuan Kenaikan Pangkat, Tindakan Tatatertib dan
Rayuan Tatatertib diputuskan tidak lewat daripada empat (4)
minggu dari tarikh perakuan lengkap diterima.
Khidmat Pemulihan:
Sila kemukakan laporan kepada Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sekiranya perkhidmatan yang diberi tidak mematuhi Piagam Pelanggan yang ditetapkan.
|