PERUTUSAN SETIAUSAHA SPP

Selamat Datang ke Portal Rasmi SPP.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bertanggungjawab  membuat pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran perkhidmatan dan kawalan tatatertib ke atas Anggota Perkhidmatan Pendidikan yang merangkumi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi dan Anggota Kumpulan Sokongan.

Sehubungan itu, SPP sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan khususnya dengan menjadikan portal sebagai salah satu sumber maklumat selaras dengan saranan kerajaan ke arah kerajaan elektronik.

SPP sentiasa berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan yang diberi melalui portal ini dan adalah menjadi harapan kami agar para pelanggan mendapat manfaat daripadanya. Sebarang pandangan yang membina amatlah dialu-alukan demi menambahbaik portal ini untuk kepentingan bersama. Selamat melayari Portal Rasmi SPP.

Sekian, terima kasih.

Dato' Wan Khazanah Binti Ismail

Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran,
Malaysia.