BAHAGIAN PENGAMBILAN GURU

Bahagian ini bertanggungjawab dalam melaksanakan urusan pengambilan untuk pelantikan tetap bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk mengisi keperluan tenaga pendidik di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai memenuhi salah satu fungsi SPP berdasarkan Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan.  Kategori jawatan bagi pelantikan tetap yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA29

  • Objektif
    • Memastikan urusan memproses permohonan, pengendalian temu duga, urusan tawaran dan pengesahan pelantikan dilaksanakan dengan teratur dan bersistematik serta mematuhi peraturan yang ditetapkan

      Memastikan setiap rayuan diambil tindakan segera dan diberi pertimbangan yang sewajarnya mengikut peraturan yang berkuatkuasa.

  • Piagam Pelanggan
    • Semua calon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) akan ditemu duga tidak lewat daripada sembilan (9) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.

      Keputusan temu duga akan dimaklumkan tidak lewat daripada empat (4) minggu selepas kelulusan Suruhanjaya.

      Surat Pengesahan Pelantikan akan dikeluarkan tidak lewat daripada empat (4) minggu dari tarikh Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) lengkap diterima.

  • Fungsi Bahagian Pengambilan PPP;
    • Merancang dan melaksanakan urusan pengambilan PPP yang meliputi urusan temu duga, tawaran dan pengesahan pelantikan.

    • Aktiviti Utama;
      • Proses Permohonan

        Penerimaan dan pemperosesan permohonan yang diterima melalui e-Permohonan.

        Urusan Temu Duga

        Penyediaan jadual temu duga, pemilihan dan penempahan pusat temu duga serta pengeluaran surat panggilan temu duga.

        Urusan Tawaran Pelantikan Tetap

        Pengeluaran surat tawaran pelantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) yang mengandungi Surat Setuju Terima Tawaran, Akuan Sumpah, Laporan Pemeriksaan Perubatan dan Surat Aku Janji.

        Urusan Pembatalan Tawaran Pelantikan Tetap

        Pengeluaran surat pembatalan tawaran pelantikan tetap bagi calon yang lewat mengembalikan PSTT iaitu dalam tempoh 60 hari dari tarikh surat tawaran bagi calon di Semenanjung dan 90 hari bagi calon di Sabah dan Sarawak.

        Urusan Pengesahan Pelantikan Tetap

        Pengeluaran surat pengesahan pelantikan tetap selepas PSTT lengkap diterima dalam tempoh yang ditetapkan.