PANDUAN MENGISI SURAT SETUJU TERIMA TAWARAN

Calon-calon yang telah menerima surat tawaran pelantikan hendaklah mengisi dokumen-dokumen setuju terima tawaran jawatan seperti berikut;

Bil
Dokumen
Panduan
1.
Surat Setuju Terima Tawaran Pelantikan
( 2 salinan )
1. Satu perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya beserta dengan dokumen-dokumen di bil. 2,3 dan 4.
2.

Satu salinan perlu dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.
Surat Akuan Sumpah
Perlu diisi di hadapan Pesuruhjaya Sumpah, Majistret atau Hakim Mahkamah.
3.
Surat Akujanji

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2001, pelaksanaan Akujanji adalah seperti berikut:

i. Nama dan No. Kad Pengenalan hendaklah dicatatkan mengikut Kad Pengenalan Baru.
ii.

Alamat adalah alamat tempat bertugas.

iii. Tanda tangan calon di ruangan yang berkenaan.
iv. Tanda tangan Ketua Jabatan beserta nama dan no. Kad Pengenalan seperti di Kad Pengenalan Baru.
v. Jawatan adalah jawatan seperti ditawarkan.
vi. Tarikh adalah tarikh semasa Akujanji setelah menerima surat tawaran.
vii. Cop Rasmi Jabatan adalah Cop Rasmi Ketua Jabatan iaitu cop rasmi guru besar, pengetua, pegawai pendidikan daerah atau ketua jabatan tempat bertugas.
4.
Borang Perubatan Am 402 Pin 4/87
(dikecualikan kepada calon yang sedang berkhidmat tetap dalam perkhidmatan awam)
Pemeriksaan kesihatan untuk tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam perlu dilakukan di hospital atau klinik perubatan kerajaan. Laporan perubatan yang lengkap mengandungi perkara berikut:
i. Nama dan no. kad pengenalan calon.
ii.

Tarikh pemeriksaan kesihatan.

iii. Perakuan/pengesahan kesihatan oleh pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan.
iv. Laporan x-ray beserta tarikh. Bagi calon wanita yang mengandung dan tidak boleh menjalani x-ray, pengesahan dari pegawai perubatan perlu dicatatkan borang perubatan tersebut.
v. Laporan pemeriksaan air kencing untuk tujuan mengesah dadah beserta tarikh.
vi. Tanda tangan pegawai perubatan
vii. Nama pegawai perubatan
viii. No. Kad Pengenalan pegawai perubatan.
ix. Jawatan dan cop rasmi pegawai perubatan

Dokumen-dokumen di bil 1, 2 dan 4 di atas hendaklah dikembalikan kepada Suruhanjaya dengan pos berdaftar dalam tempoh 60 hari dari tarikh surat tawaran untuk urusan pengeluaran surat pengesahan pelantikan.

 

<< Kembali