Berikut adalah kategori calon yang boleh diberi pengecualian daripada menghadiri kursus induksi Sistem Saraan Baru/Sistem Saraan Malaysia apabila dilantik ke jawatan tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG3/DG41.
Berdasarkan Surat Jabatan Perkhidmatan Awam Bil. JPA 241/46 Jld. V (69) bertarikh 1 April 1993. Calon-calon yang boleh dikecualikan daripada menghadiri Kursus Induksi apabila dilantik ke jawatan tetap sebagai PPPS Gred DG3/41 adalah seperti berikut;
| 1. |
Guru PPPBS/LD yang dilantik dalam kategori B (skim JKK ’76) atau setaraf seperti B8,B9,C1, B10, T1, D3 yang telah mengambil dan lulus Peperiksaan Am Kerajaan (PAK) sebelum disahkan dalam jawatan sebelum ini. |
| 2. |
Guru PPPBS/LD yang telah meningkat daripada kategori C8 (SPM) kepada B10 (STPM) mengambil dan lulus PAK sebelum tahun 1994; dan
Pengecualian (berdasarkan keputusan mesyuarat pada 16.8.1999 di antara JPA, KPM dan SPP,
| 2.1 |
PPPBS C8 yang meningkat ke B10 tetapi tiada PAK yang telah dilantik ke DG3 sebelum 16.8.1999. |
| 2.2 |
PPPBS C8 yang telah lulus PAK walaupun tidak disyaratkan tetapi telah dilantik ke DG3 sebelum 16.8.1999. |
|
| 3. |
Guru PPPBS/LD yang telah dilantik buat kali pertama selepas tahun 1992 dan telah menduduki Kursus Induksi Kumpulan I sebelum disahkan dalam jawatan. |
| 4. |
Guru yang telah bertukar daripada skim perkhidmatan lain yang menguntukkan penyandangnya untuk lulus Kursus Induksi Kumpulan I atau lulus PAK sebelum disahkan dalam jawatan dan kemudian dilantik ke PPPS. |
| 5. |
Guru yang telah meletak jawatan dan telah lulus dengan jayanya Kursus Induksi SSB apabila dilantik dalam jawatan yang memerlukan lulus kursus dalam kumpulan yang sama. |
|