Dimaklumkan
bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran tidak
mengeluarkan sebarang iklan pengambilan pelbagai
jawatan dalam Kumpulan Sokongan di Semenanjung,
Sabah dan Sarawak samaada melalui internet ataupun
akhbar harian dalam tempoh Januari 2008 sehingga
kini. Justeru itu, sebarang permohonan yang
dibuat tidak akan diproses.
::
Makluman
kepada calon yang akan ditemu duga
Mulai
1 Januari 2008, semua calon yang dipanggil
temu duga bagi urusan pelantikan tetap sebagai
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di bawah Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) dan
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi di bawah
Kementerian Pengajian Tinggi (KPTM)
dikehendaki memuat turun borang-borang berikut
:
Borang
Maklumat (Tambahan), Senarai Tugas dan Ko-Kurikulum
Borang
Penyata Tatatertib
Laporan
Sulit Urusan Temu Duga SPP
Pihak
Ketua Jabatan / Pengetua / Guru Besar hendaklah
memastikan Borang Penyata Tatatertib
dan Borang Laporan Sulit Urusan Temu
Duga dilengkapkan sepenuhnya dan dimasukkan
ke dalam sampul surat yang dilakri
dan di bawa oleh calon semasa temu duga.