PENGUMUMAN / BERITA

Pekeliling Suruhanjaya Bilang 2 Tahun 2009 - Tarikh Kuatkuasa Pelantikan Tetap Bagi Calon Yang Gagal Hadir Temu Duga. Rujuk Pekeliling .

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan Anggota Kumpulan Sokongan. Permohonan ini dibuka sepanjang masa.

Sila layari kolum E-PERMOHONAN di Laman Utama
  • klik DAFTAR bagi pemohon yang baru pertama kali memohon jawatan dengan SPP atau yang pernah memohon menggunakan borang dan;
  • LOG MASUK bagi pemohon yang pernah berdaftar ( calon simpanan / gagal / tidak hadir temu duga ).
Dapatkan maklumat lanjut di sini>>.

Permohonan Pelantikan Tetap Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Secara Sepanjang Masa.

Dapatkan maklumat lanjut di sini>>.

Permohonan Ke Gred DG41 Bagi Calon PJJ

Permohonan pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPS) Gred DG41 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang mengikuti program pensiswazahan secara Kursus Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)/Sambilan boleh dibuat secara online dengan syarat calon memiliki Surat Kebenaran Mengikuti Kursus PJJ/Sambilan dari Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Calon perlu mengisi nombor rujukan surat tersebut ketika memohon. Untuk makluman, nombor rujukan Surat Persetujuan Penempatan oleh KPM tidak perlu diisi ketika memohon tetapi perlu di bawa ketika menghadiri temu duga. Harap maklum.

Jawatan DH41 dan DH29

Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41 dan DH29 di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Maklumat lanjut, klik di sini. Untuk memohon layari www.elx.gov.my.

Pemberitahuan dari SPP Sarawak

Semua PPP dan AKS yang menghadiri temu duga di SPP Cawangan Sarawak di Kuching (Wisma Hong) diminta untuk meletak kereta masing-masing di tempat letak kereta awam yang berhampiran. Ini adalah memandangkan tempat letak kereta di Wisma Hong tidak disediakan. Sekian.

Kaji Selidik Kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sedang menjalankan kaji selidik mengenai kecenderungan para graduan di Malaysia untuk memilih kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sebagai pilihan utama. Sasaran responden adalah graduan yang memiliki kelulusan dalam bidang pendidikan. Sehubungan itu, pihak SPP mengalu-alukan kepada semua graduan yang berminat untuk mengisi borang kaji selidik tersebut secara on-line seperti di alamat berikut, http://spp.KajiSelidikMinatGraduan.sgizmo.com. Pihak SPP amat menghargai di atas kerjasama para graduan yang terlibat.

Makluman kepada calon yang akan ditemu duga

Mulai 1 Januari 2008, semua calon yang dipanggil temu duga bagi urusan pelantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPTM) dikehendaki memuat turun borang-borang berikut :

Pihak Ketua Jabatan / Pengetua / Guru Besar hendaklah memastikan Borang Penyata Tatatertib dan Borang Laporan Sulit Urusan Temu Duga dilengkapkan sepenuhnya dan dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilakri dan di bawa oleh calon semasa temu duga.

Rayuan pindaan mata gaji permulaan bagi PPP kategori DG41 yang menerima kenaikan pangkat ke DGA32 secara dikebelakangkan kepada tarikh sebelum lantikan ke Gred DG41.

Calon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang menerima kenaikan pangkat ke Gred DGA32 (dikebelakangkan tarikh sebelum lantikan ke Gred DG41) yang merayu untuk pelarasan gaji perlu kemukakan dokumen berikut kepada Suruhanjaya :

  1. Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap;

  2. Penyata Kewangan 8;

  3. Salinan surat siaran kenaikan pangkat;

  4. Surat pengesahan daripada majikan.