Makluman - Urusan Pelantikan Tetap PPPS Gred DG41 (PJJ)
|
|---|
URUSAN PELANTIKAN TETAP BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 YANG MEMILIKI IJAZAH SECARA PENGAJIAN JARAK JAUH (PJJ) |
|
| 1. | Penangguhan Temu Duga dan Pelantikan Tetap |
Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya TIDAK AKAN MEMPERTIMBANGKAN sebarang permohonan untuk menangguhkan urusan temu duga dan pelantikan tetap PPPS DG41. Calon hanya mempunyai pilihan sama ada menerima tawaran pelantikan tersebut ataupun menolak. Sehubungan itu, calon perlu menyemak kelayakan untuk kenaikan pangkat ke Gred DGA32/34/38 sebelum mengemukakan permohonan atau menerima tawaran pelantikan ke jawatan tetap PPPS Gred DG41. Sebarang permohonan menolak tawaran perlu dikemukakan kepada Suruhajaya secara bertulis dan melalui Ketua Jabatan. Sila ambil perhatian bahawa penolakan tawaran akan memberi implikasi kepada penetapan tarikh lantikan sebagai PPPS DG41. |
|
| 2. | Rayuan Pindaan Tarikh Pelantikan Tetap |
Semua calon PJJ adalah diingatkan supaya mengemukakan jawapan penerimaan dengan melengkapkan Pakej Setuju Terima Tawaran Pelantikan (PSTT) dalam tempoh 60 hari daripada tarikh Surat Arahan Penempatan Semula Sebagai PPPS Gred DG41. Sekiranya calon gagal mengembalikannya dalam tempoh berkenaan, tawaran pelantikan tersebut akan terbatal. Sebarang rayuan pindaan tarikh pelantikan tetap ke jawatan PPPS Gred DG41 perlu dikemukakan kepada Bahagian Sumber Manusia, KPM. Rayuan tersebut hanya akan dipertimbangkan Suruhajaya selepas Surat Arahan Penempatan yang baru dikeluarkan oleh KPM. |
|