INFO TEMU DUGA

Jadual Temu duga Pelantikan Tetap PPP (13 Julai - 27 Ogos 2010)

Muat naik pada 8 Julai dan kemaskini pada 18 Ogos 2010

Temu Duga Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 akan diadakan pada 1 hingga 3 September 2010 dan 21 hingga 24 September 2010

Muat naik pada 25 Ogos 2010

  LIHAT INFO LENGKAP
 

TERKINI

KEPUTUSAN TEMU DUGA JAWATAN ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN

Keputusan Temu Duga Jawatan Anggota Kumpulan Sokongan di Semenanjung boleh disemak secara berperingkat mulai 2 Ogos 2010. Calon juga akan menerima surat rasmi pemberitahuan keputusan temu duga dari Suruhanjaya ini.

Semak Keputusan

(Sila Klik Pada Negeri Tuan/Puan Di Temu Duga)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Johor     Selangor     Kedah     W.P. Kuala Lumpur dan Putrajaya     Kelantan     Pahang    Melaka     Negeri Sembilan     Pulau Pinang     Perlis     Terengganu     Perak

Muat naik pada 02 Ogos dan kemaskini pada 16 Ogos 2010

KEPUTUSAN TEMU DUGA JAWATAN PPPT GRED DH41

Keputusan Temu Duga Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 Temu Duga Pada 15 hingga 18 Jun 2010 serta 21 dan 25 Jun 2010 boleh disemak di sini mulai 10 Ogos 2010. Calon juga akan menerima surat rasmi pemberitahuan keputusan temu duga dari Suruhanjaya ini. Semak Keputusan.

Muat naik pada 10 Ogos 2010

PENGIKTIRAFAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
KOLABORASI LUAR NEGARA

Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah mengiktiraf Ijazah Sarjana Muda Perguruan Sekolah Rendah antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Universiti Luar Negara (Australia dan United Kingdom). Kelayakan berkenaan adalah seperti berikut:

i. Deakin University, Australia: iii. Canterbury Christ Church University, United Kingdom
  - Bachelor of Primary Education
  (Mathematics)
  - Bachelor of Arts (Hons) in Primary Education   (Design & Technology)
  - Bachelor of Primary Education
  (Science)
  - Bachelor of Arts (Hons) in Primary Education   (Science)
       
ii.
Queensland University of Technology, Australia iv. University of Hertfordshire, United Kingdom
  - Bachelor of Education Studies
  (Primary Design & Technology)
  - Bachelor of Education (Hons)
  Primary Mathematics
  - Bachelor of Education Studies
  (Primary   Science)
   

Semua kelayakan di atas adalah diiktiraf setaraf Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian.

Muat naik pada 29 Julai 2010

NILAI TARAF IJAZAH SARJANA MUDA UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) menerima maklum balas daripada pihak Universiti Terbuka Malaysia (OUM) bahawa program pengajian Ijazah Sarjana Muda berikut masih dalam proses mendapatkan pengiktirafan Kerajaan. Klik Disini untuk melihat senarai.

Sehubungan itu, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang lulus ijazah yang dinyatakan di atas dan telah memohon untuk lantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41, maka permohonan PPPLD itu adalah belum lengkap dari sudut Skim Perkhidmatan PPPS Gred DG41.  SPP memutuskan bahawa permohonan PPPLD yang terlibat adalah dibatalkan dan pegawai dikehendaki memohon semula apabila ijazah berkenaan diiktiraf oleh Kerajaan.

Muat naik pada 20 Julai 2010

SEMAKAN STATUS URUSAN PERKHIDMATAN

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Sokongan lantikan mulai tahun 2005 dan ke atas boleh membuat semakan status urusan perkhidmatan secara dalam talian di sini.

Muat naik pada 17 Jun 2010

PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1 TAHUN 2010

Tarikh Perlantikan Tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Yang Lulus Ijazah Sarjana Muda Melalui Program Pengajian Jarak Jauh

Muat naik pada 24 Mei 2010

FORMAT SURAT KETUA JABATAN BAGI CALON SEDANG BERKHIDMAT YANG MENGHADIRI TEMU DUGA PPPT DAN AKS

Calon sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam yang mendapat panggilan temu duga jawatan PPPT dan AKS boleh mendapatkan format surat sokongan permohonan dan kebenaran menghadiri temu duga oleh Ketua Jabatan di sini.

Kemaskini pada 26 April 2010, Muat naik pada 21 April 2010

Borang Tapisan Keselamatan KPKK 11

Klik di sini untuk muat turun Borang Tapisan Keselamatan (KPKK 11). Borang yang telah dilengkapkan hendaklah di hantar kepada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan melalui Ketua Jabatan. Suruhanjaya tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas borang tapisan keselamatan yang di hantar ke Suruhanjaya.

Muat naik pada 19 Mac dan kemaskini pada 27 April 2010