Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dalam menjalankan fungsinya, berdasarkan kepada Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan menyatakan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota bagi Perkhidmatan Pendidikan. Justeru, Suruhanjaya selaku Pihak Berkuasa Tatatertib dan Lembaga-lembaga Tatatertib yang diturunkan kuasa ke atasnya mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan menjatuhkan hukuman ke atas mana-mana pegawai yang diperakukan telah melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Selain itu, Suruhanjaya juga bertindak sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib bagi mana-mana Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang tidak berpuas hati dengan hukuman tatatertib yang telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib yang berkenaan.
Matlamat kawalan tatatertib adalah supaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan:
-
melaksanakan tugas dengan cekap, amanah dan bertanggungjawab;
-
meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan sendiri;
-
menjaga imej perkhidmatan awam; dan
-
sentiasa mematuhi peraturan-peraturan pegawai awam seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bahagian ini bertanggungjawab menyediakan kertas pertimbangan untuk Suruhanjaya bagi kes tindakan tatatertib Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan kertas pertimbangan rayuan tatatertib daripada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Sokongan.
-
Objektif
-
|
Mendukung dan memastikan peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran ke atas kawalan kenaikan pangkat dan tatatertib mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan terlaksana; |
|
Mengendalikan urusan kenaikan pangkat dan rayuannya mengikut peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam; dan |
|
Mengendalikan urusan tatatertib dan rayuannya mengikut peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam. |
|
-
- Piagam Pelanggan
-
Urusan rayuan naik pangkat, tindakan tatatertib dan rayuan tatatertib (bagi setiap peringkat urusan) akan disediakan dalam tempoh empat (4) minggu dari tarikh penerimaan perakuan yang lengkap dan teratur daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia dan agensi-agensi di bawah tadbirannya.
|
- Penerangan Lanjut Urusan Bahagian Naik Pangkat & Tata Tertib
-
- Fungsi Tatatertib;
-
|
Meneliti laporan dan perakuan kes tatatertib; |
|
Mengkaji fakta, prosedur dan unsur-unsur perundangan kes; |
|
Menyediakan Kertas Suruhanjaya mengenai kes tatatertib mengikut kategori kes Tatatertib Am, Kes Jenayah, Kes Pengwartaan dan Kes Buang Negeri Dan Tahanan; dan |
|
Menyusuli keputusan Suruhanjaya terhadap kes-kes tatatertib. |
|
-
- Fungsi Rayuan Tatatertib;
-
|
Meneliti laporan dan perakuan kes rayuan tatatertib; |
|
Mengkaji fakta, prosedur dan unsur-unsur perundangan kes; |
|
Menyediakan Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib bagi kes-kes rayuan tatatertib; |
|
Menyusuli keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib terhadap kes-kes rayuan tatatertib. |
|
-
- Fungsi Rayuan Kenaikan Pangkat;
-
|
Meneliti laporan dan perakuan kes rayuan kenaikan pangkat; |
|
Mengkaji fakta, prosedur dan unsur-unsur perundangan kes; |
|
Menyediakan Kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat bagi kes-kes rayuan kenaikan pangkat; dan |
|
Menyusuli keputusan Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat terhadap kes-kes rayuan kenaikan pangkat. |
|
-
- Aktiviti Utama;
-
|
Menguruskan Rayuan Naik Pangkat
Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran 1974 [P.U.(A)89], menetapkan bahawa urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan diselenggarakan oleh Pihak Berkuasa Lembaga Kenaikan Pangkat berkenaan. Suruhanjaya yang bertindak selaku Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran boleh menerima, menimbang dan memutuskan rayuan terhadap keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas iaitu bagi Pegawai-pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah. Mana-mana pegawai dalam kumpulan tersebut yang tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat boleh merayu terhadap keputusan itu secara bertulis kepada Suruhanjaya dalam tempoh 14 hari dari tarikh pengumuman keputusan itu. Bagi urusan kenaikan pangkat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan adalah badan tunggal untuk perkara tersebut.
|
|
Menguruskan Tindakan Tatatertib
Suruhanjaya mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan menjatuhkan hukuman sehingga ‘Buang Kerja’ atau ‘Turun Pangkat’ ke atas Pegawai-pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah. Selaku Pihak Berkuasa Tatatertib, fungsi Suruhanjaya adalah berbentuk ‘quasi-judicial’ yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan semua hukuman tatatertib yang disenaraikan di bawah Peraturan 38, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993 [P.U.(A)395/93] terhadap Pegawai-pegawai Perkhidmatan Pendidikan. |
|
Menguruskan Rayuan Tatatertib
Suruhanjaya juga bertindak sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib untuk menerima, menimbang dan memutuskan rayuan yang dikemukakan oleh mana-mana Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Sokongan berkaitan dengan keputusan Lembaga Tatatertib di peringkat lebih rendah. Semua keputusan bagi kes tatatetib dan rayuan tatatertib yang telah diputuskan oleh Suruhanjaya adalah muktamad. |
|
|