SEJARAH SPP

SPP telah ditubuhkan pada 1 Januari 1974. Penubuhan SPP adalah hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja mengenai perkhidmatan perguruan yang ditubuhkan bagi mengkaji perkhidmatan guru-guru, gaji-gaji dan syarat-syarat perkhidmatan mereka serta lain-lain kakitangan sekolah (lebih dikenali dengan nama Suruhanjaya Diraja Aziz) yang telah mengemukakan perakuan supaya sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan berasingan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), ditubuhkan bagi Perkhidmatan Pelajaran.


Pada 1 September 1973 hingga 30 November 1973, SPP ditempatkan di Tingkat 9, Bangunan U.M.B.C. di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Pada ketika itu, bangunan tersebut adalah merupakan ruang pejabat yang disewa bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pada 1 Disember 1973 pula, dengan persetujuan Jabatan Pos dan Kementerian Kerja Raya, SPP telah berpindah ke Tingkat 6, Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur. Dalam tempoh masa tersebut, Jawatankuasa Ruangan Pejabat Kerajaan dan Kementerian Kerja Raya telah bersetuju untuk membina sebuah bangunan khas untuk SPP.

Pada pertengahan tahun 1975, SPP telah berpindah ke bangunan baru tersebut yang terletak di Jalan Spooner (kini dikenali sebagai Jalan Cenderawasih), Kuala Lumpur. Seterusnya pada tahun 1988, SPP telah berpindah ke bangunan Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. SPP telah berpindah ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya mulai tahun 1999 hingga kini.

Bagi melancarkan urusan pelantikan dan perkhidmatan pendidikan di negeri Sarawak, maka urus setia cawangan Sarawak telah ditubuhkan secara rasminya pada 16 Julai 1976 berdasarkan kepada Education Act 1961 (Extension to Sarawak Order 1976). Urusan perkhidmatan pendidikan di negeri Sarawak hanya dilaksanakan berdasarkan kepada peraturan-peraturan Persekutuan sepenuhnya selepas 1 Julai 1978 iaitu setelah berkuatkuasa Laporan Jawatankuasa Kabinet. Sebelum tarikh tersebut, peraturan-peraturan yang digunapakai adalah berasaskan kepada Perintah Am Negeri, Pekeliling-Pekeliling dan Peraturan-Peraturan yang digunapakai pada masa itu.

Urus setia cawangan Sabah pula telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1977 bagi tujuan yang sama iaitu melancarkan urusan perkhidmatan pendidikan di negeri Sabah. Bagi urusan kenaikan pangkat dan tindakan tatatertib ianya dikendalikan secara terus oleh ibu pejabat SPP di Putrajaya.

Secara umumnya, urus setia membantu melaksanakan semua aktiviti di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan bagi mengendalikan urusan berhubung dengan fungsi SPP.

Pada peringkat awal penubuhannya, keanggotaan SPP terdiri daripada seorang Pengerusi dan empat (4) orang Anggota. Mulai tahun 1978, jawatan Timbalan Pengerusi diwujudkan. Kini, keanggotaan semasa SPP ialah seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 24 orang Anggota.

Sepanjang penubuhannya, seramai 7 orang Pengerusi dan 9 orang Timbalan Pengerusi telah dilantik. Dalam tempoh yang sama, seramai 11 orang Setiausaha telah menerajui SPP selaku Ketua Jabatan.

Mereka ialah:

PENGERUSI SPP

Tan Sri Sheikh Hussein bin Sheikh Mohamed
01.01.1974 - 31.03.1986
Tan Sri Dato' Haji Othman bin Abdul Malek
01.04.1986 - 31.03.1992
Datuk Abdul Aziz bin Ismail
01.04.1992 - 09.08.1992
Dato' Abdul Halim bin Dato' Haji Abdul Rauf
20.10.1993 - 19.10.1998
Tan Sri Dr. Mazlan bin Ahmad
08.01.1999 - 07.01.2005
Tan Sri Abdul Rafie bin Mahat
08.01.2005 - 08.03.2006
Dato' Hj. Kusaini bin Hj. Hasbullah
29 .10.2007 - Kini

TIMBALAN PENGERUSI SPP

Encik Halimi bin Haji Sharbaini
04.12.1979 - 04.12.1981
Tuan Haji Abdul Samad bin Yim
01.04.1982 - 31.03.1990
Datuk Abdul Aziz bin Ismail
01.04.1990 - 31.03.1992
Dato' Nik Mohamed Amin bin Nik Abu Bakar
01.04.1992 - 31.03.1997
Dato' Azmeer bin Rashid
01.04.1997 - 31.3.2000
Dato' Dr. Noor Azmi bin Ibrahim
04.07.2000 - 03.01.2001
Dato' Hj. Abdul Raof bin Hussin
22.08.2001 - 20.09.2006
Dato' Hj. Kusaini bin Hj. Hasbullah
16.10.2006 - 28.10.2007
Y. Bhg. Dato' Hajah Rahimah bt. Dato' Hj. Ahmad
15.11.2007 - Kini


SETIAUSAHA

Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan
01.09.1973 - 31.10.1977
Encik Mohd. Hassan bin Mohd. Hashim
01.11.1977 - 31.12.1983
Encik Baharuddin bin Abdul Muluk
16.01.1984 - 20.04.1987
Encik Mohd Zain bin Ahmad
01.05.1987 - 06.01.1990
Dato' Shahbudin bin Imam Mohamad
16.03.1990 - 15.12.1990
Tuan Haji Shaari bin Mohd. Noor
16.12.1990 - 09.07.1994
Encik Mohd Akbar bin Haji Baba
10.07.1994 - 05.07.1999
Puan Hajah Zaleha bt. Ahamad Osman
06.07.1999 - 18.11.2002