Suruhanjaya berikrar akan menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan cekap, adil dan saksama. Dengan itu, Suruhanjaya komited untuk memastikan:
(a) semua calon PPP ditemu duga tidak lewat daripada sembilan bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.
(b) semua calon Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) yang layak dipanggil temu duga dalam tempoh tiga bulan dari tarikh permohonan pengisian jawatan oleh Kementerian.
(c) keputusan temu duga dikeluarkan tidak lewat daripada empat minggu selepas kelulusan Suruhanjaya.
(d) surat pengesahan pelantikan dikeluarkan tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh pakej setuju terima tawaran (PSTT) yang lengkap diterima. PSTT merangkumi surat setuju terima tawaran, surat akuan sumpah, laporan pemeriksaan doktor dan surat aku janji.
(e) keputusan urusan perkhidmatan dimaklumkan tidak lewat daripada enam minggu di Semenanjung dan lapan minggu di Sabah dan Sarawak dari tarikh perakuan lengkap diterima.
(f) rayuan kenaikan pangkat, tindakan tatatertib dan rayuan tatatertib diputuskan tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh perakuan yang lengkap diterima.