Bahagian Pengambilan Bukan Guru bertanggungjawab dalam melaksanakan urusan pengambilan jawatan berikut:
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT)
- PPPT Gred DH41;
- PPPT Gred DH29
Anggota Kumpulan Sokongan;
- Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Gred N17;
- Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17;
- Pembantu Makmal Gred C17
- Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17
- Pembantu Pengurusan Murid Gred N17
- Penyelia Asrama Gred N17
- Tukang K2 Gred R11
- Tukang K2 Gred R9
-
Objektif
-
|
Melaksanakan urusan pelantikan yang meliputi pemprosesan permohonan, pengendalian temu duga, pengeluaran tawaran dan pengesahan pelantikan dengan teratur mengikut mematuhi peraturan yang berkuatkuasa. |
|
Melantik PPPT dan AKS yang kompeten, berdaya saing, berilmu pengetahuan, cergas dan mempunyai minat yang tinggi untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam. |
|
-
- Piagam Pelanggan
-
|
Panggilan temu duga kepada calon PPPT dan AKS yang layak akan dibuat dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh permohonan pengisian jawatan oleh kementerian. |
|
Keputusan temu duga akan dikeluarkan tidak lewat daripada empat (4) minggu selepas kelulusan Suruhanjaya. |
|
-
- Aktiviti Utama;
-
Proses Permohonan
|
Penerimaan dan pemperosesan permohonan yang diterima melalui e-Permohonan. |
Urusan Temu Duga
|
Penyediaan jadual temu duga, pemilihan dan penempahan pusat temu duga serta pengeluaran surat panggilan temu duga. |
Urusan Tawaran Pelantikan Tetap
|
Pengeluaran surat tawaran pelantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) yang mengandungi Surat Setuju Terima Tawaran, Akuan Sumpah, Laporan Pemeriksaan Perubatan dan Surat Aku Janji. |
Urusan Pembatalan Tawaran Pelantikan Tetap
|
Pengeluaran surat pembatalan tawaran pelantikan tetap bagi calon yang lewat mengembalikan PSTT iaitu dalam tempoh 60 hari dari tarikh lapor diri bagi calon di Semenanjung dan 90 hari bagi calon di Sabah dan Sarawak. |
Urusan Pengesahan Pelantikan Tetap
|
Pengeluaran surat pengesahan pelantikan tetap selepas PSTT lengkap diterima dalam tempoh yang ditetapkan. |
|
|