| |
TAHUN 2010 |
|
TEMU DUGA DALAM LATIHAN BAGI PELATIH IPGM 1/2010 (KPLI KHAS)
Urusan temu duga akan bermula dari 2-11 Jun (KPLI Khas). Hanya pelatih yang disenaraikan sahaja yang akan dipanggil temu duga. Sila pastikan dokumen temu duga disediakan lebih awal. Pelatih dikehendaki menyemak nama masing-masing (untuk pembetulan jika ada kesilapan).
Kemaskini 8 Jun 2010, Muat naik pada 11 Mei 2010
MAKLUMAN KEPADA PELATIH IPGM YANG TELAH DI TEMU DUGA PADA 2009
Pelatih-pelatih IPGM yang telah di temu duga pada tahun 2009 seperti senarai di bawah dikehendaki memberi maklumbalas di dalam borang yang dilampirkan di akhir senarai tersebut dengan segera kepada Suruhanjaya.
Muat naik pada 13 April dan kemaskini pada 3 Mei 2010
Calon Hadir Tidak Ditemu Duga (KPLI - IPGM 2009)
Senarai Calon yang terlibat dikehendaki memaklumkan segera maklumat tempat bertugas terkini melalui email kepada zaiton.mat@spp.gov.my untuk tujuan panggilan semula temu duga.
Muat naik pada 02 Mac 2010 |
Makluman Calon - calon AKS Bagi Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
Untuk Makluman calon-calon yang berjaya semasa temu duga AKS pada 09 -
13 November 2009 bagi Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Surat
Penempatan dan Surat Tawaran akan dihantar oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia(KPM) dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah / Jabatan Pelajaran
Wilayah Persekutuan Labuan.
Muat naik pada 02 Februari 2010 |
Keputusan Temu Duga PPPT Gred DH41 dan DH29 Bagi Temu Duga Pada 24&25 November 2009 dan 15 Disember 2009
Keputusan temu duga PPPT Gred DH41 dan DH29 yang diadakan pada 24 dan 25 November 2009 serta 15 Disember 2009 boleh disemak melalui portal ini mulai 29 Januari 2010 jam 11.00 pagi. Surat pemberitahuan keputusan temu duga telah dihantar kepada semua calon yang hadir pada temu duga berkenaan.
Sila klik di sini untuk membuat semakan.
Sebarang masalah atau pertanyaan boleh diajukan di talian 03 - 8871 7420.
Muat naik pada 28 Januari 2010
|
Permohonan Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi
Iklan Permohonan Jawatan PPPT Gred DH41 dan DH29. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
muat naik pada 13 Januari 2010 |
Tawaran Pelantikan Tetap Bagi Calon IPGM 2009
Semua peserta kursus Lepasan Ijazah ambilan Januari 2009 yang telah ditemu duga oleh Suruhanjaya dari November hingga Disember 2009 lalu dikehendaki memaklumkan semula Suruhanjaya alamat bertugas terkini bagi urusan tawaran pelantikan tetap. Sila hantar maklumat (Nama, no. k/p, IPGM,tarikh temu duga, temu duga, alamat sekolah, no. telefon) kepada emel pengambilan@spp.gov.my.
Berikut adalah senarai calon yang dibatalkan rekod permohonan lantikan tetap bagi calon IPGM 2009.
muat naik pada 04 Jan 2010, kemaskini pada 02 Feb 2010
|
Permohonan Sepanjang Masa Jawatan AKS
Permohonan jawatan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) boleh dikemukakan melalui portal SPP. Permohonan ini dibuka sepanjang masa dan setiap permohonan adalah sah untuk tempoh satu tahun dari tarikh permohonan. Pemohon yang melepasi asas tapisan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya akan menerima panggilan temu duga. Pemohon yang telah mengemukakan permohonan juga tidak perlu untuk mengubah pilihan jawatan memandangkan semua jawatan tersebut akan diberikan pertimbangan yang sama ketika proses tapisan. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8871 7477 atau melalui iForum.
muat naik pada 13 Januari 2010 |
|
TAHUN 2009 |
Semakan Status bagi permohonan Opsyen Semula ke Skim Pencen
Adalah dimaklumkan bahawa Semakan Status bagi permohonan Opsyen Semula ke Skim Pencen berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 19 Tahun 2008 kini dibuka secara dalam talian melalui Portal SPP. Sila klik di sini untuk membuat semakan.
muat naik 04 November 2009 |
Makluman Status Calon Simpanan jawatan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS)
Adalah dimaklumkan bahawa status calon simpanan jawatan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) bagi temu duga sebelum tahun 2009 telahpun terbatal. Calon yang masih berminat untuk memohon jawatan AKS boleh mendaftar semula permohonan melalui portal ini.
muat naik pada 6 Julai 2009 |
Makluman Pekeliling Bil. 2 Bagi Tahun 2009 - Tarikh Kuatkuasa Pelantikan Tetap Bagi Calon Yang Gagal Hadir Temu Duga.
Bagi Urusan Pertukaran Tempat Bertugas, Sila Dapatkan Maklumat Pertukaran Melalui Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia, Atau Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. |
|